SINTAKSIS TERANCANG BAHASA MELAYU
Buku Sintaksis Terancang Bahasa Melayu ini lahir daripada inspirasi
Allahyarham Tuan Haji Mohd Asraf bin Abdul Wahab (Pak Asraf),
iaitu tokoh bahasa Melayu yang ingin berkongsi ilmu sintaksis
bahasa Melayu kepada masyarakat. Tujuan buku ini ditulis adalah
untuk memberikan panduan komprehensif kepada guru dan pelajar
yang ingin menguasai hukum tatabahasa bahasa Melayu,
khususnya berkaitan dengan pembentukan dan struktur ayat. Buku
ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis sebagai guru,
pensyarah dan penceramah bahasa Melayu sejak tahun 1987.
Antara topik penting yang dibincangkan termasuklah komponen
dalam ayat, subjek, predikat, objek, pelengkap, penerang dan
keterangan. Turut dibincangkan transformasi ayat, yakni, ayat
dasar, ayat transformasi satu dasar, ayat transformasi dua dasar,
ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk
campuran. Dalam setiap topik, disertakan latihan untuk
mengukuhkan pemahaman dan ulasan jawapan yang terperinci.
Turut disertakan contoh soalan sintaksis yang sering diuji dalam
peperiksaan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, institut
pendidikan guru hinggalah universiti awam.
Original price was: RM40.00.RM34.00Current price is: RM34.00.


