SIRI GLOSARI DIALEK MELAYU SEMENANJUNG: GLOSARI DIALEK NEGERI SEMBILAN
RM25.00
Sinopsis
Glosari Dialek Negeri Sembilan merupakan salah satu judul dalam Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung. Buku ini mengandungi senarai kosa kata daripada dialek Negeri Sembilan yang terpilih, yang memberikan keterangan lanjut tentang sebutan, kelas kata dan maknanya. Dijelaskan juga penggunaan setiap kosa kata dalam ayat dialek, cara penyebutan ayat berkenaan berserta dengan simbol fonetiknya, dan padanan ayat dialek tersebut dalam ayat baku. Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung diterbitkan sebagai usaha mengumpulkan dan mendokumentasikan kosa kata dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia supaya dapat dijadikan rujukan oleh pengguna bahasa Melayu, khususnya pengkaji bahasa dan budaya Melayu, pelajar dan pendidik.
Butiran Produk
No. Produk
499320080201146185640101
No. ISBN
9789834618568
Tarikh Terbit
16 Dis 2015
Bil. Halaman (ms)
253
Penulis
Dewan Bahasa dan Pustaka
Berat (Versi Cetak)
0.25kg