Polisi Pemulangan dan Pembayaran Semula

JendelaDBP merupakan satu platform untuk menyebarluaskan aktiviti, berita dan artikel berkaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan kepada pengguna. Pengguna boleh mendapatkan bahan digital menerusi JendelaDBP dengan melaksanakan pembelian secara dalam talian. Berikut adalah polisi penghantaran dan pembayaran semula yang digunapakai.

Penghantaran

  • Tiada polisi penghantaran kerana JendelaDBP menjual produk digital. Pelanggan boleh memuat turun produk melalui akaun JendelaDBP dengan menggunakan emel yang telah didaftarkan.

Pengembalian

  • Tiada polisi pengembalian kerana JendelaDBP menjual produk digital.

Pembayaran Semula

  1. Sila ambil maklum, selepas pembayaran telah dilengkapkan, pelanggan boleh memuat turun produk melalui akaun JendelaDBP dengan menggunakan emel yang telah didaftarkan.
  2. Sekiranya berlaku masalah teknikal selepas pembayaran dibuat, JendelaDBP akan menghantar pautan muat turun yang baru kepada pelanggan.
  3. Jika masalah teknikal masih berterusan, JendelaDBP akan membuat pembayaran semula kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari.
  4. JendelaDBP berhak menggubal terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa mengeluarkan sebarang notis rasmi.

Maklumat Kontak

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Polisi Penghantaran dan Pembayaran Semula, pelanggan boleh mengubungi kami melalui aduan.jendeladbp.my. Pihak kami mengalu-alukan maklumbalas anda.

error: