15%

SIRI MONOGRAF SEJARAH MELAYU: SINTAKSIS BAHASA MELAYU BERSUMBERKAN KARYA SASTERA

RM29.75

Padam

Penerangan

Buku ini menampilkan hasil kajian terhadap sintaksis bahasa Melayu dalam Sulalatus Salatin, tiga cerpen Sasterawan Negara Keris Mas, dan Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Buku ini memaparkan bukti bahawa wujud kesinambungan bahasa daripada sudut pembinaan ayat dalam dua zaman, iaitu zaman klasik dan zaman moden. Meskipun gayanya tampak berbeza, asas pelahiran ayat-ayat dalam karya sastera Melayu klasik dan karya sastera Melayu tetap sama, iaitu seperangkat rumus atau aturan sintaksis yang sama. Didapati karya satera yang patuh kepada tatabahasa tetap boleh mencapai tingkat mutu yang tinggi. Mudah-mudahan buku ini dapat menambah kekayaan khazanah persuratan ilmiah dalam bahasa Melayu.

Maklumat

No. Produk
899521102134102
No. ISBN/ISSN
9789834602130
Tarikh Terbit
27 Apr 2015
Muka Surat
364
Penulis
Awang Sariyan
Berat (Versi Cetak)
0.48kg