Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

SIRI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : PERMAINAN DAN SIMULASI

Penulis: Wan Hasmah Wan Mamat, Nur Munirah Teoh Abdullah

Buku ini membincangkan salah satu aspek pedagogi yang boleh membanu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Aktiviti dalam kaedah permainan dan simulasi membolehkan pelajar melibatkan diri dalam suasana pembelajaran yang berfokus kepada kemahiran interpersonal. Suasana sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari, malah dapat menyerlahkan bakat dan potnesi diri mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri. Buku ini mengandungi lima unit. Unit 1 mengandungi penerangan tentang maksud dan ciri kaedah permainan dan simulasi. Unit 2 pula khusus membincangkan kepentingan kaedah permainan dan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Unit 3 menjelaskan jenis permainan dan simulasi. Unit 4 pula membincangkan peranan guru dalam melaksanakan kaedah permainan dan simulasi. Akhir sekali , Unit 5 mengandungi contoh modul pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran.

RM10.00

Butiran Produk

No. Produk
297521112214102
No. ISBN
9789834612214
Tarikh Terbit
27 Mac 2015
Bil. Halaman (ms)
125
Penulis
Wan Hasmah Wan Mamat, Nur Munirah Teoh Abdullah
Berat (Versi Cetak)
0.15kg