SIRI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KECERDASAN PELBAGAI

RM10.00

Padam

Penerangan

Teori kecerdasan pelbagai merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberikan fokus terhadap jenis kecerdasan yang dimiliki pelajar. Umum mengetahui bahawa para pelajar datang daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai kecenderungan, pencapaian, minat serta kebolehan yang berbeza. Setiap pelajar juga mempunyai potensi dan bakat yang berbeza. Cara pelajar belajar dan menghayati sesuatu pengajaran dan pembelajaran juga berbeza antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain. Buku ini mengandungi empat unit. Unit 1 membincangkan maksud teori kecerdasan pelbagai, keperluan menguasai teori kecerdasan pelbagai dan cara mengenal pasti jenis kecerdasan pelbagai pelajar. Unit 2 pula menyentuh lapan jenis kecedasan pelbagai yang boleh digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Unit 3 menghuruikan kaedah melaksanakan teori kecerdasan pelbagai. Unit 4 mengandungi contoh model pengajaran dan pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran.

Maklumat

No. Produk
370521112224102
No. ISBN/ISSN
9789834612221
Tarikh Terbit
08 Mei 2015
Muka Surat
153
Penulis
Wan Hasmah Wan Mamat, Nur Munirah Teoh Abdullah
Berat (Versi Cetak)
0.21kg