PENGENALAN KONSEP KITAR HAYAT
RM18.00
Sinopsis
Buku Pengenalan Konsep Kitar Hayat ini hasil penulisan oleh sembilan orang penulis yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar sarjana yang berpengetahuan luas dalam bidang kitar hayat. Buku ini diterbitkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum, pelajar serta pengamal kitar hayat tentang konsep kitar hayat serta alat pengurusan alam sekitar. Matlamat utama pengurusan alam sekitar adalah untuk menyeimbangkan elemen alam sekitar, ekonomi dan sosial tanpa mengabaikan keperluan generasi masa kini serta akan datang. Pengenalan tentang amalan kitar hayat mampu memberi pendedahan tentang hubung kait antara komponen kitar hayat serta interaksi terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi. Kefahaman terhadap konsep asas bagi kitar hayat secara tidak langsung akan memberi gambaran tentang aplikasi konsep ini secara menyeluruh dengan penekanan terhadap elemen yang ingin dikaji.