APLIKASI I – THINK DALAM PENDIDIKAN
RM20.00
Sinopsis
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta 1-Think telah dilancarkan secara atas talian pada 1 April 2014 untuk kesemua sekolah di Malaysia. Selaras dengan transformasi pendidikan yang memerlukan murid-murid sekolah mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pelbagal teknik pengajaran dan pembelajaran diperkenalkan. Peta i-Think merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, agar murid dapat mencapai tahap analisis, sintesis dan penilaian atau mereka cipta sesuatu yang baharu. Mereka juga akan dapat menggunakan kelapan-lapan peta i-Think secara sistematik untuk mengkaji dan menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang sebelum ini dirasakan rumit dan sukar mencari jalan penyelesaian. Penggunaan peta i-Think dalam sistem pendidikan negara diharapkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, pengetahuan dan nilai yang sesuai dengan keperluan semasa bagi menghadapi peluang dan cabaran abad ke-21.