Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

MODEL KEMERUAPAN PASARAN SAHAM: TEORI DAN APLIKASI MENGGUNAKAN EVIEWS

Penulis: Chin Wen Cheong, Zaidi Isa

Model Kemeruapan Pasaran Saham: Teori dan Aplikasi Menggunakan Eviews merupakan koleksi kajian empirik kemeruapan yang merangkumi pasaran saham global dengan menggunakan perisian Eviews. Pembentangan buku ini yang berasaskan kertas kerja ilmiah dapat membantu para akademik yang ingin menerbitkan hasil karya akademik mereka. Buku ini sesuai digunakan sebagai buku rujukan para pelajar prasiswazah dan juga siswazah yang berkecimpung atau yang berhasrat melibatkan diri dalam ekonometrik kewangan. Secara umum, buku ini menitikberatkan keseimbangan dari segi teori dan aplikasi pada sepanjang penyampaian kandungannya. Selaras dengan tajuk buku ini, perisian ekonometrik Eviews telah dipilih dalam melaksanakan pengendalian data. penganggaran, pemilihan model, diagnosis dan peramalan. Buku ini merupakan salah sebuah buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang membincangkan aplikasi penggunaan perisian Eviews yang jarang-jarang dibincangkan dalam buku lain.

RM48.00

Butiran Produk

No. Produk
0055211000764101
No. ISBN
9789834900762
Tarikh Terbit
03 Jun 2015
Bil. Halaman (ms)
158
Penulis
Chin Wen Cheong, Zaidi Isa
Berat (Versi Cetak)
0.25kg