Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

Penulis: Abang Mohd. Razif Abang Muis

Buku Pembangunan Insan Berteraskan Islam memfokuskan mengenai perbincangan tentang asas pembangunan insan dalam kalangan individu Muslim. Antara perkara yang dikupas termasuklah keperluan pembangunan insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani, kaedah pembangunan insan yang terancang dan menyeluruh, terutamanya dari aspek falsafah dan nilai Islam serta kaedah pelaksanaannya.

Kesemuanya ini digembleng demi mencapai matlamat ke arah pembentukan insan yang mempunyai nilai peradaban manusia yang tinggi. Matlamat penciptaan insan adalah untuk menjadi hamba yang wajib mematuhi segala suruhan dan larangan yang telah ditetapkan Allah SWT. Selain itu, insan juga berperanan sebagai khalifah Allah SWT yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan alam ini.

Original price was: RM15.00.Current price is: RM12.75.

Butiran Produk

No. Produk
6585211001304101
No. ISBN
9789834901301
Tarikh Terbit
18 Jun 2015
Bil. Halaman (ms)
121
Penulis
Abang Mohd. Razif Abang Muis
Berat (Versi Cetak)
0.20kg