UKURAN PEMBANGUNAN PENDEKATAN KAPITALIS DAN ISLAMI
RM15.00
Sinopsis
Apabila menyebut tentang “pembangunan”, apakah perkara yang muncul dalam fikiran kita? Bangunan pencakar langit yang megah dan mewah? Masyarakat yang kaya dan berpendidikan tinggi? Sistem pengangkutan dan komunikasi yang maju? Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan “pembangunan” dan bagaimanakah cara untuk mengukurnya? Dengan menggabungkan lapan bab yang ditulis oleh beberapa orang penulis, buku ini membincangkan tentang ukuran yang digunakan untuk mengukur pembangunan negara-negara di dunia yang berkembang daripada ukuran bersifat kapitalis sehingga yang bersifat Islami. Buku ini turut melihat kedudukan ukuran pembangunan berteraskan Islam dan komponen yang mesti ada dalam ukuran pembangunan berteraskan Islam, iaitu tasawur Islam sendiri dan diperkukuh dengan pengurusan insaniah serta unsur tasawuf dalam pembangunan berteraskan Islam.