INSTITUSI WAKAF SEJARAH DAN AMALAN MASA KINI
Original price was: RM21.00.RM17.85Current price is: RM17.85.
Sinopsis
Buku Institusi Wakaf Sejarah Dan Amalan Masa Kini ini ditulis hasil cetusan pengalaman, dan penglibatan penulis sendiri dalam institusi wakaf yang diperoleh di pelbagai institusi wakaf seperti di Bahagian Wakaf, Islamic Relief, UK; Merton College, Oxford University; University of Cambridge; Lincoln’s Inn, London, dan Istanbul, Turki. Pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh penulis di kesemua institusi yang mempunyai sejarah awal amalan pewujudan wakaf tersebut telah digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan kajian yang berkaitan dengan institusi wakaf. Hasil daripada kajian-kajian tersebut kemudiannya disampaikan dalam buku ini.
Buku ini membincangkan konsep dan asas pensyariatan wakaf yang bersumberkan al-Qur’an, hadith dan ijmak ulama. Hal ini secara langsung menjawab tuduhan para sarjana Barat yang mendakwa bahawa institusi wakaf wujud hasil daripada inspirasi dan tamadun asing, seperti Byzantin, Rom, Yahudi, Jerman, Parsi dan Inggeris. Seterusnya, kehebatan peranan dan sumbang