Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI HADIS 2: USTAZAH, AJARKU SOLAT!

Penulis: Farahwahida Mohd Yusof

Ustazah, Ajarku Solat! diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 2: Islam. Iman dan Ihsan”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi. Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik. Ustazah, Ajarku Solat! mengisahkan Fatimah yang mempelajari ilmu tentang solat di sekolahnya. Fatimah begitu gembira dapat belajar solat dengan kawan-kawannya. Semasa amali solat di surau sekolah, Hasnah mengajak kawan-kawannya bermain. Apakah yang dilakukan oleh Fatimah? Apakah tindakan Ustazah Hanim?

Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel

Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor.

RM6.00

No. Produk: N/A Kategori: ,

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5030-9
Penulis
Farahwahida Mohd Yusof
Saiz PDF
28 MB