SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI HADIS 19: DOA UNTUK ATUK
Doa untuk Atuk diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 19: Yakin dan Tawakal kepada Allah SWT”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi.
Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik. Doa untuk Atuk mengisahkan Iman yang bersedih melihat datuknya yang terlantar di hospital. Iman selalu berdoa untuk kesembuhan datuknya. Setiap malam Iman akan memandang bintang di langit dan berdoa kepada Allah. Akhirnya berkat keyakinan dan kesabaran doa Iman dimakbul Allah. Iman berasa sangat gembira melihat datuknya beransur sihat.
Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
RM6.00

