SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI: ANTARA JORAN DENGAN TUK WAN
Antara Joran dengan Tuk Wan diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 1: Kepentingan Niat dalam Amalan”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi. Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik.
Antara Joran dengan Tuk Wan mengisahkan Muiz yang dalam dilema apabila terpaksa memilih satu daripada dua perkara yang disukainya. Dia ingin menyertai pertandingan memancing. Dalam masa yang sama, dia perlu membantu tuk wannya. Apakah yang menjadi pilihan Muiz?
Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor.
Original price was: RM6.00.RM5.70Current price is: RM5.70.


