Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

SIRI PENERBITAN PERAK SEJAHTERA 2030: CELIK TULIS SANTUNI MURID ORANG ASLI

Penulis: Panel penulis

Buku ini ditulis sebagai panduan pembaca, terutama yang berada di negeri Perak untuk menyelami senario dan langkah yang boleh diambil untuk memperkasakan pendidikan murid orang Asli. Buku ini mengetengahkan permasalahan celik tulis yang membelenggu murid orang Asli dan implikasi ketidakmampuan celik tulis terhadap sistem pendidikan negeri dan kesannya terhadap murid orang Asli. Seterusnya dijelaskan juga berkenaan dengan langkah memperkasakan celik tulis murid orang Asli berpandukan teori Bronfenbrenner yang melibatkan semua pihak seperti ibu bapa, sekolah, kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Kemudian diterangkan juga pelestarian celik tulis yang dikaitkan dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Perbincangan turut menjelaskan kejayaan orang Asli dalam pelbagai bidang. Selain itu, satu kerangka pelestarian celik tulis turut dihasilkan untuk bacaan umum. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan bagi golongan pemegang taruh (KPM, JPN, PPD, JAKOA dan agensi swasta), pendidik, murid, mahasiswa dan masyarakat yang ingin mendalami isu pendidikan murid orang Asli. Selain itu, data lapangan sebenar membolehkan satu tindakan drastik diambil secara bersinergi bagi memperkasakan celik tulis dalam kalangan murid orang Asli demi mengupayakan Perak Makmur, Rakyat Sejahtera menjelang 2030.

Price range: RM22.80 through RM28.05

No. Produk: 307320050201149467840101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
307320050201149467840101
No. ISBN
9789834946784
No. eISBN
9789834949471
Tarikh Terbit
18 Nov 2024
Bil. Halaman (ms)
184
Penulis
Panel penulis
Berat (Versi Cetak)
0.26kg
Saiz EPUB
82 MB