SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU: DIALEK MELAYU SARAWAK EDISI KEDUA

RM20.00

Padam

Penerangan

Buat julung kalinya dua orang pensyarah yang berkelulusan PhD dan bekerja di universiti tempatan, iaitu Dr. Azhar Simin dan Dr. James T. Collins, menjalankan penelitian tentang bahasa Melayu di Sarawak. Sebelumnya, kajian bahasa Melayu di Sarawak biasanya diurus oleh calon sarjana muda atau petugas yang sudah mencapai ijazah sarjana muda. Pada awal tahun 1980-an, kajian geografi dialek yang menetapkan metodologi kukuh yang diperkenalkan oleh Shuy (1967) , Kuran (1972) dan McDavid (1974) amat jarang-jarang dilakukan di Malaysia. Namun begitu, pada tahun 1981 kajian geografi dialek dijalankan di Hulu Terengganu dengan sokongan Universiti Kebangsaan Malaysia juga (Collins 1983). Seterusnya, pada tahun 1983 di Sarawak telah diadakan kajian geografi dialek kedua dengan kaedah khas dialektologi, yang diusahakan pula oleh kumpulan kajian yang berpengalaman.

Maklumat

No. Produk
499320050201149031540201
No. ISBN/ISSN
9789834903152
Tarikh Terbit
15 Ogo 2016
Muka Surat
140
Penulis
James T. Collins
Berat (Versi Cetak)
0.19kg