
RONA-RONA BAHASA KITA
Buku ini merakamkan pengalaman dan perjuangan penulis dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan, di samping usaha beliau dalam meningkatkan dan memperluas penggunaan bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Kandungan buku ini merangkumi makalah wacana dan jalur simpang-siur pencapaian serta pelbagai rencah persoalan bahasa kebangsaan. Fokus sentuhan penulis banyak mengaitkan kedudukan bahasa kebangsaan di Sabah dan sedikit di Sarawak sebagai gambaran pertalian akrab bahasa kebangsaan antara rakyat di Sabah dan Sarawak dengan rakyat di Semenanjung Malaysia.
Perbincangan dan persoalan yang dibangkitkan tentang isu-isu bahasa berserta contoh-contoh kesalahan penggunaan bahasa Melayu ini berdasarkan pemerhatian kritis penulis yang pernah bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan dasar dan mengembangkan bahasa kebangsaan, di samping pengalaman dalam mengendalikan seminar dan bengkel penataran bahasa. Pandangan balas sesetengah peserta bengkel tentang sesuatu ejaan dan istilah turut diketengahkan seba
RM25.00
