ASPEK FONOLOGI BAHASA MELAYU DARIPADA – DERIVASI RUMUS KEPADA TATATINGKAT KEKANGAN

RM30.00

Padam

Penerangan

Ilmu linguistik ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Pengkajian bahasa secara saintifik ini meliputi kajian tentang sistem, pola, isi, bentuk serta struktur. Buku Aspek Fonologi Bahasa Melayu Daripada Derivasi Rumus Kepada Tatatingkat Kekangan yang sedang anda tatapi ini memberikan huraian dan penjelasan tentang aspek fonologi bahasa Melayu berdasarkan pendekatan derivasi rumus dan pendekatan tatatingkat kekangan. Buku ini terbahagi kepada tujuh bab yang saling berkaitan. Setiap bab dibantu dengan pemaparan data dan rumusan umum tentang perilaku fonologi yang berlaku. Buku ilmiah ini sesuai dijadikan teks untuk rujukan pelajar institusi pengajian tinggi, terutamanya mereka yang menjurus dalam bidang linguistik dan pengajian bahasa Melayu. Rujukan yang lengkap serta perbahasan secara teoretis dalam setiap bab membantu pembaca untuk lebih mengetahui dengan lebih lanjut lagi aspek fonologi bahasa Melayu.

Maklumat

No. Produk
899521107534102
No. ISBN/ISSN
9789834607531
Tarikh Terbit
15 Mac 2013
Muka Surat
271
Penulis
Zaharani Ahmad
Berat (Versi Cetak)
0.32kg