PETUA PINTAR KARANGAN CEMERLANG

RM18.00

Padam

Penerangan

Kebosanan menulis karangan tiada lagi. Karangan kita, karakter kita. Usah menulis karangan mengikut cara orang lain kerana kita tahu perkara yang ingin disampaikan. Pun begitu, apabila berdepan dengan pengujian dan penilaian, kita perlu berada di atas landasan yang stabil dan jitu. Petua Pintar Karangan Cemerlang dihasilkan untuk menyumbangkan buah fikiran, idea, maklumat, maklum balas, dan berbincang tentang penulisan pada peringkat sekolah menengah, khususnya kepada murid yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.Banyak perkara yang terisi dalam buku ini. Pelbagai teknik dan kaedah dapat diguna pakai dalam membentuk pola kepengarangan.Perlu kita sedar bahawa tidak semua orang dianugerahi bakat mengarang. Namun begitu, sebagai murid, satu daripada kemahiran yang diuji ialah kemahiran mengarang. Perkara ini telah diamalkan sejak sekian lama.

Maklumat

No. Produk
499320050201149121340101
No. ISBN/ISSN
9789834912130
Tarikh Terbit
12 Okt 2017
Muka Surat
258
Penulis
Zulkifli Mohd Top
Berat (Versi Cetak)
0.32kg