PEPTIDA SIKLIK: SINTESIS, BIOAKTIVITI DAN KOMPLEKS LOGAM
RM26.00
Sinopsis
Buku ini membincangkan konsep asas mengenai sebatian peptida sikik merangkumi sintesis, bioaktiviti dan penyediaan serta kepentingan beberapa contoh kompleks logam peptida. Naskhah ini menyentuh tentang pengenalan mengenai peptida secara umum pengelasan dan kegunaannya bermula dengan penerangan mengenai asid amino sebagai unit asas sesuatu peptida dikuti oleh strategi dan teknik yang boleh digunakan untuk mensintesiskan peptida. Antara aspek penting yang ditekankan oleh penulis merangkumi keistimewaan peptida siklik termasuk contoh penggunaannya sebagai sumber ubatan dan kepelbagaian strukturnya. Buku ini memberikan gambaran keseluruhan mengenai sebatian peptida termasuk peptida siklik tanpa gelang heter dan peptida sidik dengan gelang hetero. Sebatian peptida siklik ini boleh dihasilkan secara semula jadi oleh pelbagai organisma atau secara sintetik di dalam makmal.