MAQASID AL-SHARI`AH DALAM PEMBANGUNAN ISLAM
Original price was: RM30.00.RM25.50Current price is: RM25.50.
Sinopsis
Maqasid al-Shari’ah menjadi fokus perbincangan ilmuwan Islam dari dulu hingga kini. Prinsip ini sering dirujuk sebagai mekanisme untuk memahami objektif atau hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum dalam memelihara lima komponen utama, iaitu agama, nyawa. akal, keturunan dan harta. Prinsip ini juga berfungsi sebagai penanda aras yang berkesan bagi mengukur pencapaian pelaksanaan syariah yang dilihat dari kerangka sudut pandang lima elemen tersebut. Maka tidak hairanlah jika prinsip ini terus diperkatakan dan cuba dimanfaatkan dalam segenap bidang, misalnya pendidikan, perundangan, ekonomi dan politik. Atas dasar itu, buku ini membuka satu lagi ufuk perbincangan baharu dalam memperluasa pelaksanaan ilmu maqasid al-shari’ah dalam konteks semasa. Karya ini cuba meneliti hubung kait antara maqasid al-shari’ah dengan Pembangunan Berteraskan Islam, iaitu suatu disiplin ilmu yang sedang dibangunkan untuk mengurus pembangunan mengikut acuan Islam.