15%

LUKISAN TERUKUR RUMAH TRADISIONAL MELAYU

RM25.50

Padam

Penerangan

Buku ini membincangkan latar belakang pembinaan tiga buah rumah tradisional Melayu di kawasan Selama, Perak, iaitu rumah Haji Samsudin, rumah Che Ngah dan rumah Haji Abdul Hamid. Rumah tradisional Melayu ini mempunyai nilai estetika yang unik berbanding dengan rumah moden sekarang. Nilai estetika ini terdiri daripada proses perancangan, perletakan lokasi rumah sehingga kepada reka bentuk ruang dalam rumah. Antara elemen yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah tapak, adat untuk mendirikan rumah, proses pembinaan, susun atur ruang rumah, hiasan dan ukiran. Selain itu, penyesuaian terhadap aspek sosial dan spiritual yang digabung menjadikan seni bina tradisional turut dibincangkan. Buku ini mampu menjadi medium untuk peminat seni bina membuat rujukan dan menghayati ketinggian seni bina Melayu selain amat sesuai untuk menjadi bahan dokumentasi seni bina tradisional Melayu.

Maklumat

No. Produk
728320050201149269340101
No. ISBN/ISSN
9789834926939
Tarikh Terbit
25 Feb 2021
Muka Surat
161
Penulis
Zakaria Yaa'cob Ahmad Faisol Yusof Tajul Edrus Nordin
Berat (Versi Cetak)
0.28kg