Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

HIMPUNAN HADITH MASYHUR

Penulis: Budah@Udah Muhsin Jawiah Dakir

Banyak umat Islam di Malaysia yang meriwayatkan hadith tanpa menyatakan sumbernya, bahkan tidak menyatakan kedudukan sesuatu hadith. Hal ini menjadi satu daripada penyebab tersebarnya hadith mawdu ‘(palsu) dengan meluas dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada masyarakat awam terhadap sesuatu hadith. Oleh itu, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mensyaratkan penerbitan hadith agar dinyatakan sumbernya merupakan langkah yang baik. Hadith yang sahih agar menjadi pegangan, manakala hadith mawdu’ (palsu) dan da’if hendaklah ditolak. Oleh yang demikian, penerbitan buku ini dapat memberikan panduan berkenaan 423 hadith masyhur yang tular dalam kalangan umat Islam yang belum ditentusahkan kesahihannya. Setiap hadith masyhur ini telah disemak oleh penulis dengan menggunakan kaedah takhrij hadith. Kaedah ini digunakan bagi memastikan kesahihan serta martabat sesebuah hadith dengan meneliti status perawi dan rantaian perawi hadith.

RM26.00

Butiran Produk

No. Produk
297320000201149296340101
No. ISBN
9789834929633
No. eISBN
9789834953904
Tarikh Terbit
17 Mac 2021
Bil. Halaman (ms)
412
Penulis
Budah@Udah Muhsin Jawiah Dakir
Berat (Versi Cetak)
0.46kg
Saiz EPUB
22 MB