PENGAJIAN PENTERJEMAHAN: ISU DAN CABARAN
RM33.25 – RM50.00
Sinopsis
Buku ini mengandungi 15 bab yang dibahagikan kepada lima bahagian utama. Bahagian I memuatkan enam bab yang bertemakan Bahasa dan Terjemahan. Isu-isu terjemahan yang dibangkitkan melibatkan kata bantu, kata nama khas, imbuhan, frasa kerja, dialek, dan bahasa kiasan dalam pelbagai genre. Sementara itu, Bahagian II, Sejarah dan Terjemahan, mengemukakan pelbagai bukti dan catatan bibliometrik bagi menerangkan senario perkembangan terjemahan, khususnya genre susastera. Bahagian III pula mengupas isu-isu budaya dalam terjemahan nilai dan unsur falsafah Cina dan India dalam bahasa Melayu melalui tema Budaya dan Terjemahan. Seterusnya, Bahagian IV. Teori dan Terjemahan, mengemukakan pendekatan kontemporari, iaitu pendekatan multimodal yang semakin mendapat pertimbangan para penyelidik terjemahan untuk dimanfaatkan sebagai kerangka teori dalam kajian terjemahan, khususnya kajian dalam genre audiovisual.