Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PEMBANGUNAN LESTARI DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

Penulis: ABDUL BASIR MOHAMAD

Perbincangan buku ini berkisar pelbagai tajuk yang ada hubung kait dengan pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar berlandaskan maqasid syariah. Konsep maqasid syariah, kelestarian dan maslahah diterangkan dengan jelas. Disenaraikan tujuh prinsip pemeliharaan alam sekitar yang terkandung dalam ajaran Islam berserta tafsiran ayat al-Quran yang menjadi dalil larangan merosakkan alam sekitar. Perbincangan ini disokong dengan penetapan undang-undang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar yang merangkumi air, udara, sampah dan bunyi. Lebih menarik lagi, penulis menghubungkan ekologi dengan ilmu-ilmu Islam, antaranya termasuk ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf.

Seterusnya, menyatakan hubungan pemeliharaan alam sekitar dengan perlindungan hima (tanah simpan) dan haiwan. Akhirnya, perkara yang penting ialah hubungan manusia dengan alam sekitar, iaitu manusia sebagai pemimpin, manakala alam sebagai wahana mengenal Allah SWT, tempat beribadat, mencari rezeki dan berinovasi.

Buku ini baik dijadikan rujukan oleh para pelajar institusi pengajian tinggi serta pengamal undang-undang yang berminat mendalami hal ehwal berkaitan dengan undang-undang dan pengurusan alam sekitar menurut Islam.

Price range: RM23.75 through RM29.75

No. Produk: 299320050201149491240101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
299320050201149491240101
No. ISBN
9789834949129
No. eISBN
9789834951948
Tarikh Terbit
20 Mac 2025
Bil. Halaman (ms)
178
Penulis
ABDUL BASIR MOHAMAD
Berat (Versi Cetak)
0.22kg
Saiz PDF
58 MB