Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

SIRI KULIAH RASAEL AL-NUR: CAHAYA HAKIKAT PERBAHASAN MENGENAI TAREKAT, TASAWUF DAN KEWALIAN

Penulis: Imam Bediuzzaman Said al-Nursi

Al-Imam al-Naqshabandi menyatakan, “Perjalanan menuju Allah SWT dalam Tarekat Naqshabandiyyah bergerak atas dua sayap, iaitu iktikad yang tepat dengan hakikat keimanan dan amalan yang sempurna terhadap kefarduan agama. Jika berlaku kecacatan atau kekurangan dalam mana-mana sayap ini maka perjalanan itu akan terganggu.” Demikianlah juga, jika Sheikh Abdul Qadir al-Jailani, Sheikh al-Naqshabandi r.a. dan wali-wali qutub yang lain masih hidup pada zaman ini sudah tentu mereka akan memberikan tumpuan kepada pengajaran akidah dan pengukuhan asas-asas keimanan. Hal ini kerana kedua-duanya merupakan tapak kebahagiaan abadi. Sebarang kecuaian dalam hal ini akan membawa kepada kecelakaan yang juga abadi. Sesungguhnya syurga tidak boleh dimasuki tanpa iman tetapi ramai manusia memasukinya tanpa tarekat dan tasawuf. Manusia tidak boleh hidup tanpa nasi, tetapi manusia mampu hidup tanpa ulam-ulaman. Akidah dan iman ialah nasi, manakala tasawuf ialah ulam-ulaman.

Price range: RM18.05 through RM28.00

Butiran Produk

No. Produk
297320050201149015040101
No. ISBN
9789834901509
Tarikh Terbit
05 Okt 2016
Bil. Halaman (ms)
270
Penulis
Imam Bediuzzaman Said al-Nursi
Berat (Versi Cetak)
0.38kg
Saiz EPUB
386 KB