Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PANDUAN PRAKTIKAL KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS BAHASA ARAB

Penulis: Mat Taib Pa

Buku ini disediakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran membaca dan menulis bahasa Arab peringkat lanjutan sama ada sijil, diploma atau ijazah. Buku ini mengandungi maklumat utama struktur bahasa Arab yang merangkumi morfologi, sintaksis, penulisan hamzah, tanda baca dan balaghah sebagai panduan kepada pelajar untuk membaca dan menulis bahasa Arab dengan tepat. Sembilan teks yang merangkumi bidang keagamaan, pendidikan, kebudayaan, kesihatan, sukan, politik, teknologi, ekonomi dan perbankan disediakan untuk menguji kefahaman pelajar tentang kosa kata, frasa, ayat, perenggan dan kandungan teks, di samping penekanan pada latihan dan aplikasi membaca. Dalam konteks penulisan pula, penekanan diberikan pada kosa kata dan gaya bahasa dalam poster, iklan, dan kad ucapan. Istimewanya, buku ini mengandungi banyak latihan dan aktiviti yang pelbagai berdasarkan elemen bahasa dan tahap kesukaran. Pelajar diberikan peluang melakukan penerokaan kendiri untuk meningkatkan pengetahuan bahasa dan memperkukuh kemahiran berbahasa Arab.

Price range: RM20.00 through RM23.80

No. Produk: 402320050701149481940101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
402320050701149481940101
No. ISBN
9789834948191
No. eISBN
978-983-49-5572-4
Tarikh Terbit
17 Dis 2024
Penulis
Mat Taib Pa
Berat (Versi Cetak)
0.25kg
Saiz PDF
29 MB