Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

NGAYAU II

Penulis: Amil Jaya

Novel ini mengisahkan perjuangan masyarakat daerah Meladin, Sabah, terhadap maruah dan kehormatan. Anak muda yang diwakili Kumil, Jamudin, Sukirman adalah antara paparan anak muda suku Bajau yang ingin mempertahankan maruah suku kaum. Kehilangan Rainah yang diculik oleh kumpulan pengait membawa Kumil dan rakan-rakannya ke pasar ulun. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa diharungi; berdepan dengan kumpulan pengait dan lanun yang ganas. Namun, usaha pencarian Rainah terus giat dilakukan. Berjayakah Kumil menyelamatkan Rainah?
Elemen budaya masyarakat peribumi Sabah yang diterapkan menjadikan novel ini begitu istimewa dan menarik untuk dijadikan bacaan umum. Isu jual beli manusia ini telah diolah dengan teknik aksi-dramatik dan dengan gaya bahasa yang kreatif serta penyampaian perasaan yang berkesan menjadikan novel ini menarik untuk tatapan umum.

RM18.00

Butiran Produk

No. Produk
899521117514101
No. ISBN
9789834617516
Tarikh Terbit
27 Jul 2015
Bil. Halaman (ms)
162
Penulis
Amil Jaya
Berat (Versi Cetak)
0.16kg