MEMORI CINTA MEDIK

RM20.00

Padam

Penerangan

Novel ini mengisahkan Risya, gadis muda yang mengharungi pelbagai suka duka sebagai pelajar perubatan. Cita-citanya tinggi, ingin menjadi pakar perbidanan dan sakit puan. Dalam mengejar cita-citanya, Risya tiba-tiba terjatuh cinta kepada Fariz yang berlainan kursus, namun dipaksa mengikat tali pertunangan dengan Dr. Murshid, sepupunya. Risya menangis dan terluka tetapi reaksi tenang Fariz menyebabkan Risya curiga dan hampir berserah. Hatinya remuk. Apakah kesudahannya? Risya pasrah atau menentang? Memori Cinta Medik sarat dengan episodik Risya sebagai pelajar perubatan, doktor pelatih, isteri, ibu yang melahirkan anak yang “lemas” dan mendapat komplikasi meroyan, serta tanggungjawab sebagai pegawai perubatan. Novel ini juga memaparkan isu kesihatan dan perubatan dalam bentuk santai, menarik dan mudah difahami.

Maklumat

No. Produk
899320050201146169840102
No. ISBN/ISSN
9789834616984
Tarikh Terbit
23 Mei 2017
Muka Surat
295
Penulis
Nik Hazlina Nik Hussain, Azidah Abdul Kadir
Berat (Versi Cetak)
0.21kg