15%

NOVEL REMAJA: UKIRAN KASIH IBU

RM12.75

Padam

Penerangan

Mengisahkan kegigihan dua remaja dalam memartabatkan seni ukiran kayu tempatan. Mukhlis berkebolehan dalam mengukir, manakala Bahar berbakat dalam memelas ukiran. Gandingan dua sahabat baik ini telah membolehkan mereka membuka perusahaan ukiran secara kecil-kecilan. Dalam usaha mereka mengejar cita-cita, mereka telah diuji apabila Bahar memerlukan wang untuk membiayai kos rawatan mata ibunya. Mukhlis mencadangkan agar mereka menyertai pertandingan mengukir anjuran Pusat Kraftangan Negara dan Persatuan Ukiran Melayu Negara yang menawarkan hadiah yang lumayan. Adakah hasrat mereka untuk memenangi pertandingan itu tercapai dan adakah mereka berjaya menerokai bidang yang jarang diceburi oleh remaja seusia mereka ini? Ikuti kisah menarik dua pengukir muda ini dalam UKIRAN KASIH IBU.

Maklumat

No. Produk
899320050201149058730101
No. ISBN/ISSN
9789834905873
Tarikh Terbit
28 Jun 2016
Muka Surat
185
Penulis
Hashim Latiff
Berat (Versi Cetak)
0.17kg