PURNAMA SENJA
RM17.50 – RM23.75
Sinopsis
Ini kisah hidup Akitodon, seorang tua daripada suku masyarakat Kimaragang, Sabah. Pada asalnya dia seorang suami dan ayah yang gembira dan bahagia, walau hidup dalam keadaan serba sederhana. Namun seiring masa, kegembiraannya berganti walang. Dugaan datang tanpa dijangka.
Menerima hakikat anak sulungnya sudah tidak siuman, dia terasa bagaikan dihukum dalam diam. Kehilangan isteri akibat dihempap pohon ara membuatkan semangatnya yang pudar seakan-akan sirna. Hidup yang sukar menjadi bertambah payah apabila seorang lagi anaknya dikatakan gila.
Demi kelangsungan hidup, dia kekal bertahan. Tekadnya hanya satu, mahu memulihkan kesihatan anak-anaknya. Malangnya, untuk merealisasikan tekad itu tidak semudah yang difikirkan. Ada yang harus berkorban dan ada juga yang bakal dikorbankan. Pertembungan antara tradisi dan pemodenan pula membuatkan dilema hidupnya kian bercambah. Akan tetapi, pilihan tetap harus dibuat bila sampai masanya.