KE HUJUNG USIA

RM15.00

Padam

Penerangan

Ke Hujung Usia menyorot kehidupan Tuk Aki sebagai guru dan pemilik Pondok Haji Hamid yang diwarisi daripada keluarganya. Pelbagai konflik yang timbul ketika menguruskan pondok tersebut mencabar keperibadian dan ketokohan Tuk Aki. Pelawaan Tuk Ayah, bekas gurunya, supaya Tuk Aki menggantikannya ke Bermin, Pattani, cadangan pihak kerajaan hendak mengambil tanah tapak pondoknya untuk dimajukan, dan tindakan anak muridnya mengadakan tunjuk perasaan membantah pengambilan tanah tapak pondok benar-benar menguji Tuk Aki. Tambah merumitkan keadaan, ketenangannya juga diganggu oleh Munir yang cuba menangguk dalam air keruh. Begitu juga dengan penduduk kampung yang curiga dan iri hati dengan apa-apa yang dimiliki oleh Tuk Aki. Bagaimanakah Tuk Aki menghadapai semua konflik yang timbul? Adakah Tuk Aki berjaya meneruskan legasi perjuangan datuk dan bapanya? Adakah Tuk Aki menerima tawaran bekas gurunya dan menutup Pondok Haji Hamid, serta meninggalkan segala perjuangannya?

Maklumat

No. Produk
899320050201146116140101
No. ISBN/ISSN
9789834611613
Tarikh Terbit
02 Mei 2018
Muka Surat
206
Penulis
A. Rahman C.M
Berat (Versi Cetak)
0.18kg