GADIS TASIK

RM24.00

Padam

Penerangan

Moly, seorang gadis Orang Asli Semelai, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di sebuah jabatan kerajaan berusaha untuk memajukan kaumnya yang tinggal di Kampung Bukit Tonton di tepi Tasik Pereba, Pahang. Moly yang pernah dihantar berkursus di luar negara membuat pelan raksasa untuk memajukan masa depan kaum Orang Asli yang pada anggapannya selama ini terbiar. Semasa memperjuangkan nasib kaumnya itu, Moly juga menghadapi tentangan daripada sekelompok orang kaumnya yang enggan kehilangan hutan rimba, tempat mereka mencari rezeki. Namun, Moly juga mendapat sokongan daripada golongan orang muda yang ingin berubah ke arah kemajuan. Dalam memperjuangkan nasib suku kaumnya, dia juga bergelut dengan cintanya yang tak kesampaian kerana penolakan oleh keluarga kekasihnya yang mementingkan darjat.

Maklumat

No. Produk
899320050201149058340101
No. ISBN/ISSN
9789834905835
Tarikh Terbit
23 Mac 2016
Muka Surat
408
Penulis
Rahman Haji Yusof
Berat (Versi Cetak)
0.29kg