ZEA MAYS
RM19.00 – RM20.00
Sinopsis
Mengisahkan seorang peladang berketurunan Cina dari sebuah perkampungan Melayu bernama Chai yang mengusahakan tanaman jagung, bercita-cita tinggi untuk memperkenalkan dan memasarkan jagung dalam cawan ke luar negara. Rakannya yang juga seorang ahli politik mencadangkan Chai meninjau peluang perniagaan di Dubai. Dengan semangat yang kental, Chai menjejakkan kaki di bumi Dubai, dan dia berjaya memperoleh peluang untuk membuka sebuah kios dalam satu festival di Dubal. Pelbagai ujian dihadapi Chai. Ada yang cuba mensabotaj usahanya, ada yang cuba mengambil peluang atas usahanya, dan juga masalah bencana alam yang tidak dapat dielakkan, iaitu banjir, yang merosakkan sebahagian ladang jagunggnya. Berjayakah misi Chai untuk menjual produknya di Dubai? Atau, Chai terpaksa memendam cita-citanya dan terpaksa berpuas hati dengan pasaran tempatan?