5%
DAFTAR KATA: BAHASA MELAYU – BAHASA MELANAU SEDUAN
Original price was: RM16.00.RM15.20Current price is: RM15.20.
Sinopsis
Daftar kata ini memuatkan sebanyak 3335 kata yang dilengkapi dengan padanan dalam bahasa Melayu – bahasa Melanau Seduan. Daftar kata ini merupakan kosa kata yang telah dikumpul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama beberapa orang rakan penyelidik yang terdiri daripada penutur jati bahasa Melanau Seduan melalui Projek Pembinaan Manuskrip Daftar Kata Bahasa Sukuan Sarawak.
Daftar kata yang dikumpulkan berdasarkan perkataan yang kerap digunakan oleh kedua-dua penutur bahasa ini dan diharapkan dapat membantu kemusykilan yang timbul oleh kedua-dua pengguna bahasa ini. Dengan adanya penerbitan daftar kata ini diharapkan dapat menambahkan khazanah buku daftar kata pelbagai bahasa sukuan, khususnya dalam usaha Dewan Bahasa dan Pustaka memperbanyak penyerapan pelbagai istilah dan kata umum bahasa sukuan ke dalam bahasa Melayu. Dengan adanya penerbitan ini juga bahasa sukuan di Sarawak terus dipelihara dan dilestarikan untuk tatapan generasi pada masa akan datang.
Butiran Produk
No. Produk
499320050201149233540101
No. ISBN
9789834923358
No. eISBN
9789834942427
Tarikh Terbit
21 Jan 2020
Saiz PDF
13 MB