Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

BAHASA DAN KANAK – KANAK AUTISME

Penulis: Puteri Roslina Abdul Wahid

Buku ini merupakan usaha penulis memaparkan sekelompok kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian khusus dalam membentuk generasi anak muda demi pembangunan negara bangsa yang utuh. Kandungannya merangkumi perbincangan tentang pemerolehan bahasa ekspresif dan resepsif dalam kalangan kanak-kanak autisme. Bahasa ekspresif didefinisikan sebagai output bahasa, iaitu cara seseorang meluahkan keinginan melalui bahasa lisan atau tulisan. Bahasa reseptif pula bermaksud input bahasa, iaitu kefahaman tentang sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang lain. Kefahaman dalam bahasa reseptif dikaitkan dengan perkataan dan gerak isyarat. Buku ini amat sesuai dijadikan panduan terutamanya kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak, autisme, para guru, pengkaji bahasa, dan pembaca umum yang ingin mengetahui tentang perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak autisme.

Original price was: RM35.00.Current price is: RM29.75.

Butiran Produk

No. Produk
371320000201149122440101
No. ISBN
9789834912246
Tarikh Terbit
07 Nov 2016
Penulis
Puteri Roslina Abdul Wahid
Berat (Versi Cetak)
0.35kg