Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

APABILA IZRAIL MENJEMPUT: HARTAKU MILIK SIAPA?

Penulis: MUHAMAD MU'IZZ ABDULLAH DAN ABDUL BARI AWANG

“Aku tiada masa untuk turun naik mahkamah.”

“Jika aku buat pentadbiran pusaka pun, bahagian yang aku dapat sikit je, baik aku simpan duit.”

“Mana aku ada aset, setakat motor cabuk. Baik guna duit tu membaharui cukai jalan.”

“Selepas ayah tiada nanti, duit tunai ayah dalam bank jangan lupa bagi sedekah dan wakafkan kepada fakir miskin.”

Kata-kata di atas sebahagian daripada situasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat berkaitan dengan pengurusan harta pusaka. Kurangnya pengetahuan berkenaan dengan pengurusan harta pusaka yang sistematik sama ada semasa hidup si mati atau setelah kematiannya menyebabkan pelbagai masalah yang timbul. Harta yang ditinggalkan tidak diuruskan dengan baik dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh waris si mati.

Akibatnya, banyak harta yang tidak dituntut, kebajikan waris terabai, bahkan terputusnya hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga.

Oleh yang demikian, buku ini memberikan perkongsian yang praktikal dalam pengurusan harta pusaka. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

 

Original price was: RM32.00.Current price is: RM30.40.

No. Produk: N/A Kategori:

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5811-4
Penulis
MUHAMAD MU'IZZ ABDULLAH DAN ABDUL BARI AWANG
Saiz PDF
98 MB