Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

KUMPULAN SAJAK: ISYARAT SEHABIS HUJAN

Kumpulan sajak Isyarat Sehabis Hujan merakamkan sejumlah pengalaman daripada pengamatan yang menyentuh rasa sensitif seorang penyair dan nurani kemanusiaannya. Pengalaman ini dinyatakan dan diluahkan penyairnya secara jujur dan terbuka, tanpa
niat untuk menghukum atau menghakimi sesiapa.

Penyair menyedari keterbatasan keupayaan dirinya sebagai seorang manusia dan memilih untuk bersendirian serta menikmati sepenuhnya rasa sunyi dan gelisah dirinya.
Sehingga akhirnya dirinya semakin menjadi faham dan mengerti setiap kejadian dan duga hidup ketika berdepan dengan tingkah manusia, atau terpukau oleh silau biasan sisa air yang bergenang di keluk tanah selepas hujan dan menselawatkan rasa syukurnya dengan
doa yang tulus dan dalam.

RM12.00

No. Produk: 899320050201149501440101-jendela Kategori:

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149501440101
No. ISBN
9789834950149
No. eISBN
978-983-49-5659-2
Tarikh Terbit
08 Jul 2025
Saiz PDF
19 MB