15%

KOLEKSI KARYA ATONDRA

RM34.00

Padam

Penerangan

Mohd. Nordin Abdul Rahman (Atondra) aktif berkarya sejak tahun 1950-an hingga 1990-an dalam bidang cerpen, sajak, drama dan rencana. Sumbangannya yang konsisten pada ketika itu dalam membimbing penulis muda terbukti dengan keaktifannya melibatkan diri secara langsung dalam bengkel-bengkel penulisan kreatif anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Selangor (KEMUDI), PENA, Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dan sebagainya. Keaktifan dalam persatuan penulis dan tugasnya sebagai guru, wartawan, pegawai penerangan, setiausaha akhbar kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan penyunting skrip di badan penyiaran tidak melunturkan minatnya untuk terus menghasilkan pelbagai karya kreatif dan deskriptif yang terus-terusan menghujani meja-meja editor dan penerbit di Malaysia untuk menyuburkan minda bangsanya.

Ketokohan penulis yang aktif berkarya sejak tahun 1950-an ini serta sumbangannya dalam dunia sastera tanah air wajar dihargai dengan penerbitan semula karya beliau. Buku ini memuatkan tiga g

Maklumat

No. Produk
899320050201149034040101
No. ISBN/ISSN
9789834903404
Tarikh Terbit
09 Jan 2017
Muka Surat
448
Penulis
Atondra
Berat (Versi Cetak)
0.46kg