KUMPULAN PANTUN: PANTUN PAK NAZEL 4 PANTUN PERIBAHASA
RM17.00
Sinopsis
PANTUN PAK NAZEL 4 Pantun Peribahasa merupakan kesinambungan daripada kumpulan Pantun Pak Nazel (2010). Pantun Pak Nazel 2 (2014) dan Pantun Pak Nazel 3 (2015). Kumpulan pantun ini menghimpunkan sebanyak 1133 pantun yang memperkatakan peribahasa Melayu yang disampaikan dengan cara memantunkan peribahasa tersebut dan diberikan sekali maknanya. Ini akan memudahkan pembaca untuk memilih pantun yang sesuai bagi tujuan tertentu. Selain itu, dapat mengayakan lagi cara berbahasa, di samping mengekalkan tradisi berpantun dan berperibahasa dalam pertuturan seharian, pidato, syarahan dan pengajaran.
Kumpulan pantun ini istimewa kerana mempunyai tema yang khusus, iaitu bertemakan peribahasa yang digarap secara kreatif dan menarik. Ia memberi satu dimensi baru dalam peribahasa walaupun bukanlah sesuatu yang asing pada hari ini.