Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

TUJUH ILMU PILIHAN DALAM BAHASA MELAYU YANG MENDAHULUI BAHASA INGGERIS (JILID 1)

Penulis: Shaharir Mohamad Zain

Buku ini pastinya akan menyentak pembaca kerana kandungannya bukan sekadar menambah pengetahuan tentang kekuatan bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Matematik sejak abad ke-5 Masihi lagi tetapi memberikan beberapa fakta yang luar biasa pula. Pertamanya, sistem angka perpuluhan seperti sekarang ini terbukti dimulai oleh tamadun berbahasa Melayu pada abad ke-7 Masihi lagi, yakni tertua di dunia. Tamadun ini juga terbukti mendahului tamadun berbahasa Inggeris dalam bidang aritmetik sebelum abad ke-19 Masihi. Dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa juga hal ini berlaku pada abad yang sama, bahkan dasar pembangunan kesubahagiaan negara telah wujud pada abad ke-7 Masihi, unit-unit barangan, mata wang dan kewujudan kapal-kapal perdagangan yang luar biasa besarnya, dikenali sebagai jung, telah pun terkenal di seluruh dunia pada abad ke-12 Masihi. Bidang Lojik atau Logik (yang dahulunya dikenali sebagai mantik, dan sebelum Islam dikenali sebagai Hetureidya dan Myayasastera) telah wujud sebelum abad ke-17 Masihi. Dengan ini diharapkan terhakislah sedikit sebanyak kepercayaan umum, terutamanya pemerintah tentang kemiskinan dan ketiadaan warisan ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, khususnya dalam empat bidang yang menjadi maudhuk buku ini.

Original price was: RM46.00.Current price is: RM43.70.

No. Produk: 417320000201149416240101-jendela Kategori: ,

Butiran Produk

No. Produk
417320000201149416240101
No. ISBN
9789834941628
No. eISBN
9789834946173
Tarikh Terbit
27 Okt 2023
Bil. Halaman (ms)
578
Penulis
Shaharir Mohamad Zain
Saiz PDF
268 MB