BAHASA DAN ISU-ISU SOSIOBUDAYA
Penulis: Zulkifli Salleh
Bertentangan dengan pandangan konvensional, Bahasa dan Isu-isu Sosiobudaya menyoroti dan meninjau dunia bahasa yang amat luas dan kompleks; bahasa sebagai alat perpaduan atau penyatuan, bahasa juga punca persengketaan dalam masyarakat, perpecahan dalam sesebuah negara, dan ketegangan antarabangsa. Perihal bahasa dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, budaya, peradaban, negara bangsa, pembinaan bangsa, dan jati diri nasional turut diketengahkan.
Buku yang ditulis oleh bukan ahli bahasa ini menunjukkan bahawa globalisasi dan teknologi yang dikhuatiri membawa bersama-sama hegemoni bahasa Inggeris, tidak mengancam atau memupuskan sesuatu bahasa; sebaliknya faktor demografi atau penghijrahan yang berlaku secara besar-besaran berkemungkinan mengancam bahasa di sesebuah negara. Bahasa bukan sahaja menjadi persoalan di negara kebijajahan, negara pascakolonial, tetapi juga negara maju, negara berbahasa Inggeris.
Dengan rangkuman topik yang agak luas, yang mengandungi penemuan baharu, dan yang cuba memecahkan tembok “dua budaya,” buku ini boleh dijadikan asas oleh para sarjana untuk menjalankan kajian seterusnya, yang lebih ilmiah sifatnya. Satu kajian yang mampu memberikan kesegaran dan kedinamikan terhadap dunia bahasa.
RM16.00
Butiran Produk
No. Produk
306320050201149212840102
No. ISBN
9789834921286
No. eISBN
9789834923440
Tarikh Terbit
05 Okt 2023
Penulis
Zulkifli Salleh
Saiz PDF
69 MB




