Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

SURATAN

Penulis: Noorlaila Ghafar

Tatkala Allah menyembunyikan sang suria, Dia mendatangkan gugusan hujan. Hambanya menangis teresak-esak kerana kehilangan sinar. Sebenarnya Dia mahu menghadiahi hambanya warna-warna pelangi nan indah yang tidak tercapai dek akal insan biasa. Itulah yang melanda May Ling. Dia diuji Allah tatkala suaminya berkahwin lain. Pernikahan tanpa pengetahuan dan restunya. Remuk-redam hatinya kala berita itu singgah di telinganya. Dia hilang keyakinan diri, putus harapan, dilanda kekecewaan, hampir hilang pedoman, dan ditimpa kemurungan yang berpanjangan . Konflik dengan suaminya, Abdul Razak berterusan sehingga memberi kesan terhadap anak-anaknya. May Ling berusaha bangkit demi anak-anak yang setia mendoakannya dan memberi sokongan moral kepadanya. Namun, mampukah May Ling menerima madunya sebagai sebahagian daripada kehidupannya? Setabah manakah dia melalui dugaan dengan suami yang berpoligami? Semuanya tersurat dan tersirat dalam Suratan.

Original price was: RM18.00.Current price is: RM15.30.

Butiran Produk

No. Produk
899521113714102
No. ISBN
9789834613716
Tarikh Terbit
31 Okt 2013
Bil. Halaman (ms)
318
Penulis
Noorlaila Ghafar
Berat (Versi Cetak)
0.29kg