30%

SRENGENGE

RM14.00

Padam

Penerangan

Novel Srengenge cuba mendedahkan satu aspek institusi kedesaan yang kompleks yang berhubungan dengan kuasa ghaib – meliputi cara hidup, kepercayaan, pantang larang (taboo), adat istiadat dan sebagainya. Memaparkan konflik nilai di kalangan watak-watak di sebuah desa terpencil. Ini berlaku kerana munculnya manusia yang bersikap dinamik untuk mengubah cara hidup mereka agar sesuai dengan zaman moden. Prinsip ini membawa kepada pertelingkahan dengan manusia yang bersikap mahu mempertahankan nilai-nilai lama seperti percaya kepada penunggu dan enggan memugar bukit untuk tanaman baru bagi kepentingan diri masing-masing. Masalah ini lebih dibebani oleh Imam Hamad selaku ketua yang harus membuat keputusan untuk menerima atau menolak nilai-nilai baharu itu. Akhirnya Imam Hamad mati akibat perbuatan kuasa ghaib yang dipercayai dilakukan oleh golongan yang percaya kepada hantu tadi sebagai balasan daripada niat buruk ketua tersebut.

Maklumat

No. Produk
899320050201162059940106
No. ISBN/ISSN
9789836205995
Tarikh Terbit
30 Apr 2016
Muka Surat
310
Penulis
Shahnon Ahmad
Berat (Versi Cetak)
0.22kg