SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI: REZEKI PISANG GORENG
Rezeki Pisang Goreng diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 4: Penciptaan Manusia dan Pengakhirannya”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi. Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik. Rezeki Pisang Goreng mengisahkan Uwais yang kehilangan duit belanja sekolah dan menyebabkan dia lapar. Ayah Uwais berjaya membuatkan Uwais kembali ceria dan Uwais turut reda menerima apa yang berlaku.
Namun, apakah yang dilakukan oleh ayahnya? Bagaimanakah Uwais boleh kembali reda
dan gembira? Teruskan mengikuti kisah ini.
Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor.
Original price was: RM6.00.RM5.70Current price is: RM5.70.


