Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI HADIS 18: COKLAT PERSAHABATAN

Penulis: Mastura Bohari

Coklat Persahabatan diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 18: Takwa dan Akhlak Mulia”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi. Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik.

Coklat Persahabatan mengisahkan Asif yang kehilangan coklat semasa berada di pusat pemindahan sementara akibat bencana banjir. Setelah puas mencari, akhirnya Asif mengetahui siapa yang mencuri coklatnya. Apakah tindakan Asif?

Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

RM6.00

No. Produk: N/A Kategori: ,

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5877-0
Penulis
Mastura Bohari
Saiz PDF
6 MB