Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI HADIS 17: KERANA IHSAN

Penulis: Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry

Kerana Ihsan diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 17: Ihsan dalam Pelaksanaan”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi. Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik.

Kerana Ihsan mengisahkan Kamil dan ayahnya ingin menyembelih seekor ayam untuk hidangan tengah hari. Walau bagaimanapun, niat ayah Kamil untuk menyembelih ayam terhenti apabila mendapati pisau yang akan digunakan tumpul. Mengapakah pisau yang tumpul itu tidak digunakan untuk menyembelih ayam?

Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

RM6.00

No. Produk: N/A Kategori: ,

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5876-3
Penulis
Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry
Saiz PDF
3 MB