15%

SIRI LESTARI BAHASA: WARNA DAN SUASANA PERANCANGAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA EDISI KEDUA

RM34.00

Padam

Penerangan

Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia sejak kemerdekaan mencatat perkembangan yang pesat dan mengagumkan. Daripada tarafnya hanya sebagai bahasa vernakular di bawah cengkaman penjajah Inggeris, dalam tempoh lebih kurang tiga dekad sejak negara kita bebas sebagai negara berdaulat, bahasa Melayu berjaya mengembalikan peranannya sebagai wahana pelbagai sektor kehidupan masyarakat Malaysia. Dalam perbandingannya dengan perkembangan bahasa-bahasa moden di Barat, bahasa Melayu ternyata melalui tempoh yang cukup singkat untuk mencapai taraf bahasa moden. Buku ini menampilkan warna dan suasana perancangan bahasa Melayu di Malaysia, bermula dengan aspek falsafah dan sejarah pembakuan bahasa Melayu hinggalah aspek Dasar Bahasa Kebangsaan, pembinaan korpus bahasa, pengaruh bahasa asing, kesilapan penggunaan bahasa, bahasa Melayu sebagai wahana pelbagai bidang, dan penghasilan wacana yang berkesan.

Maklumat

No. Produk
499521188964202
No. ISBN/ISSN
9789836288967
Tarikh Terbit
15 Mei 2015
Muka Surat
304
Penulis
Awang Sariyan
Berat (Versi Cetak)
0.41kg