SIRI CERITA KELUARGA BAHAGIA: SOLAT JUMAAT DI MASJID
Menanam minat membaca dalam kalangan kanak-kanak memerlukan bahan bacaan menarik, didik hibur dan mampu memperluas penerokaan ilmu dan bahasa. Buku siri ini ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah difahami, dan disertakan dengan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Buku ini juga dihiasi dengan ilustrasi yang menarik, serta mampu menggambarkan situasi yang dilalui oleh watak-watak yang diperkenalkan penulis.
Selain itu, bahasa isyarat yang diperkenalkan dan digunakan dalam buku ini membolehkan kanak-kanak normal yang membacanya menjadikan KTBM sebagai “jambatan” kasih sayang dengan kanak-kanak pekak, di samping merasai pengalaman yang diceritakan oleh penulis.
Buku ini sesuai dibaca oleh ibu bapa bersama-sama anak mereka bagi meningkatkan keupayaan penguasaan bahasa dan ilmu bahasa Melayu. Buku ini juga wajar diletakkan di rak buku perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam.
RM17.00






